Wednesday 16 September 2015

PENDAHULUAN

Peristiwa Bukit Kepong merupakan pertempuran bersejarah yang berlaku pada tarikh 23 Februari 1950 antara pihak polis dengan Parti Komunis Malaya . Pertempuran ini berlaku pada waktu sekitar lima pagi. . Dalam serangan itu pihak komunis melancarkan serangan gerila ke atas balai polis Bukit Kepong . Tujuh belas  pegawai polis yang bertugas di situ terbunuh dalam serangan tersebut . Manakala hampir 40 orang komunis telah terkorban. Kejadian ini menyebabkan penduduk Bukit Kepong berasa takut dan tidak berani untuk menentang pihak komunis .Pihak komunis menjadikan serangan ini sebagai contoh dan akibat daripada penentangan terhadap mereka kepada penduduk Bukit Kepong .Kejayaan pihak komunis mengalahkan pegawai polis kerana mereka mempunyai kelebihan senjata dan anggota yang ramai .Di samping itu ,keadaan balai polis tersebut yang terpencil membolehkan pihak komunis melakukan serangan .
Anggota polis yang berada di situ berjuang berhabis-habisan menentang pihak komunis sehingga seorang demi seorang gugur. Malah dua orang isteri anggota polis yang terkorban dalam serangan itu turut menentang komunis.
Balai polis Bukit Kepong diperbuat daripada kayu terletak ditebing Sungai Muar,sekitar 59 kilometer dari Bandar Muar, Johor. Pada masa itu, balai polis Bukit Kepong diketuai oleh Sarjan Ray Dancey. Ketika serangan itu berlaku balai polis itu diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.Balai polis Bukit Kepong mempunyai 22 orang anggota polis kesemuanya. Pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Pada mulanya serangan pihak komunis tersebut adalah sebagai amaran sahaja. Bagaimanapun, serangan tersebut bertukar menjadi tragedy buruk. Pihak komunis mengepung balai polis tersebut dan apabila pihak polis menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut,pengganas komunis menyerang dari segenap sudut. Hanya seorang sahaja anggota polis yang Berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan.




No comments:

Post a Comment