APLIKASI NILAI PATRIOTIK
Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan dalam sesebuah negara.
Di samping itu, patriotisme juga memerlukan komitmen yang tinggi dalam seseorang pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.

Tragedi Bukit Kepong mengajarkan kita erti perjuangan dan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam mempertahankan negara kita daripada ancaman luar iaitu komunis.Pengorbanan polis-polis bukit kepong merupakan semangat patriotisme dalam diri mereka dan sehinggi kini masyarakat sangat menyanjungi jasa mereka dan memperingati semangat perjuangan mereka dalam mempertahankan negara.Buktinya,balai polis Bukit Kepong yang hangus dijilat api dibina semula dan dijadikan sebagai tempat peringatan dan pameran kepada masyarakat supaya tragedi Bukit Kepong sentiasa diingati.
Selain itu,sebagai seorang pelajar ataupun seorang rakyat di Malaysia, pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara. Hal ini akan melambangkan personaliti seseorang rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air.
Perwujudan rasa persatuan dan cinta akan tanah air harus kita laksanakan di lingkungan keluarga, sekolah, tempat tinggal kita, bahkan di manapun kita berada. Semangat persatuan dan kesatuan dalam bermasyarakat harus dijaga guna mempererat tali persaudaraan, saling melindungi, perdamaian dan kenyamanan pun akan terjaga.
Kesimpulannya, cinta akan tanah air dan patriotisme berkait rapat dengan erat, keduanya sama-sama mengedepankan kepentingan bangsa dan negara serta mewujudkan kepentingan bangsa dan negara dalam membela, melindungi tanah air dari ancaman dan gangguan yang berlaku seperti dahulu. Sebenarnya, kita dapat menjelaskan bahawa sesungguhnya kemerdekaan itu ialah hak yang penting dalam segala bangsa dan oleh sebab itu maka penjajahan yang berlaku di jadikan sebagai pengajaran dalam hidup supaya kita sebagai rakyat yang kukuh dan berjiwa harus cinta akan tanah air.
No comments:
Post a Comment