REAKSI MASYARAKAT TERHADAP TRAGEDI BUKIT KEPONG
Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa kini. Dalam mempertahankan balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan.Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka.Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka.
Semangat perjuangan polis-polis Bukit Kepong menjadi satu kebanggaan kepada masyarakat pada hari ini.Buktinya balai polis Bukit Kepong yang musnah dijilat api dibina semula sebagai tanda peringatan dan perhargaan kepada polis-polis yang terkorban dalam mempertahankan negara.Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis.Semangat perjuangan polis-polis terdahulu sangat dihargai sehinggi kini dan Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.
No comments:
Post a Comment