Wednesday 16 September 2015

KOMUNITI

KOMUNITI BUKIT KEPONG

         Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di Sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai yang kebanyakkannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitarannya 3 ke 6 km melalui jalan darat.Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
  
         Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

         Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas,mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan 'Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

No comments:

Post a Comment