IKTIBAR DARI PERISTIWA BUKIT KEPONG
Seperti yang ramai telah ketahui, filem ini merupakan kisah benar mengenai perjuangan anggota Balai Polis Bukit Kepong yang berjuang bermati-matian mempertahankan balai polis yang diserang oleh pengganas komunis. Peristiwa ini berlaku pada 23 Februari 1950. Walaupun bilangan komunis 10 kali ganda daripada mereka, tetapi mereka berjuang dengan beraninya. Walaupun akhirnya tewas kepada komunis, tetapi mereka telah MENANG DI SEBALIK KEKALAHAN. Mereka menang dengan semangat yang tidak kenal erti mengaku kalah.
Apa yang kami boleh katakan mengenai tragedi ini ialah kami amat berbangga dengan semangat perjuangan yang ada pada setiap anggota polis Bukit Kepong. Semangat sebegini mungkin sukar untuk ditemui pada zaman ini lebih lebih lagi dengan suasana keamanan pada masa kini. Perasaan marah juga membuak-buak mengenangkan kekejaman komunis yang sanggup membunuh dan merosakkan harta benda demi merampas kuasa.
Tragedi Bukit Kepong ini berlaku semasa darurat diisytiharkn di Tanah Melayu selama 12 tahun (1948-1960). Darurat isytihrkan kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata untuk merampas kuasa demi menubuhkan sebuah REPUBLIK KOMUNIS MALAYA. Mereka telah membunuh ramai orang awam dan anggota keselamatan selain melakukan tindakan agresif seperti mensabotaj kemudahan pengangkutan.
Akibat keganasan PKM ini, rakyat hidup didalam ketakutan. Nyawa mereka ibarat berada di hujung tanduk. PKM tidak mengenal erti belas kasihan. Anggota keselamatan negara telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir menentang petualang negara ni demi memastikan negara kembali berada dalam keadaan aman. Ramai anggota yang telah terkorban dan cedera parah.
Walupun akhirnya perjuangan PKM ini gagal, tetapi banyak iktibar yang boleh kita renungkan. Andaikan PKM berjaya merampas kuasa dan menubuhkan sebuah republik komunis, sudah pasti Malaysia yang ada sekarang adalah sebuah republik dan berideologi komunis. Raja-Raja Melayu akan hanya tinggal sejarah sahaja dan sudah pasti hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera tidak dapat dinikmati seperti hari ni.
Kami juga tidak pasti apa yang akan terjadi kepada nasib orang Melayu kerana waktu itu sudah pasti kuasa pemerintahan dikuasai secara dominan oleh kaum Cina (ramai anggota PKM terdiri daripada kaum Cina). Mungkin mereka terpaksa menerima apa sahaja yang dirancangkan oleh PKM kepada hala tuju hidup mereka (nak menentang tidak berani kerana komunis ini amat kejam). Mungkin juga nasib mereka akan jadi seperti Melayu Singapura. Bayangkan bangsa yang asalnya pendatang akhirnya berjaya menguasai Tanah Melayu ni secara menyeluruh
Walaupun kita bernasib baik kerana ia tidak mnjadi kenyataan, tetapi perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan andaian di atas tidak mustahil boleh berlaku. Puak yang memperjuangkan ideologi komunis secara perlembagaan telah mula menunjukkan taring mereka. Mereka begitu berkeinginan untuk menguasai politik Malaysia selepas menguasai bidang -bidang lain. Bagi mereka, selagi pentadbiran Malaysia tidak dikuasai oleh orang Cina, mereka tidak akan berpuas hati
Matlamat mereka ini hampir boleh direalisasikan apabila terdapat kaum Melayu yang bersedia menjadi pencacai mereka merobohkan pemerintahan Melayu Islam di negara ini. Ditambah dengan perpecahan kronik orang Melayu sekarang, mereka boleh tersenyum riang melihat hasrat mereka bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Untuk menghalang niat keji mereka ni, tidak ada orang lain selain orang Melayu perlu merapatkan semula perpaduan kerana hanya perpaduan yang jitu sahaja boleh menggerunkan bangsa lain ini.Sudah tiba masanya juga pihak kerajaan tidak lagi terlalu memberi muka kepada rakyat yang lain bangsanya ini dan kalau boleh tunjukkan ketegasan kepada mereka yang cuba mempermainkan sentimen perkauman yang melampau.
No comments:
Post a Comment