Sunday 20 September 2015

PENGAJIAN MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:PUAN MARHAYU BINTI ABDUL
JAMAI

Wednesday 16 September 2015

PENDAHULUAN

Peristiwa Bukit Kepong merupakan pertempuran bersejarah yang berlaku pada tarikh 23 Februari 1950 antara pihak polis dengan Parti Komunis Malaya . Pertempuran ini berlaku pada waktu sekitar lima pagi. . Dalam serangan itu pihak komunis melancarkan serangan gerila ke atas balai polis Bukit Kepong . Tujuh belas  pegawai polis yang bertugas di situ terbunuh dalam serangan tersebut . Manakala hampir 40 orang komunis telah terkorban. Kejadian ini menyebabkan penduduk Bukit Kepong berasa takut dan tidak berani untuk menentang pihak komunis .Pihak komunis menjadikan serangan ini sebagai contoh dan akibat daripada penentangan terhadap mereka kepada penduduk Bukit Kepong .Kejayaan pihak komunis mengalahkan pegawai polis kerana mereka mempunyai kelebihan senjata dan anggota yang ramai .Di samping itu ,keadaan balai polis tersebut yang terpencil membolehkan pihak komunis melakukan serangan .
Anggota polis yang berada di situ berjuang berhabis-habisan menentang pihak komunis sehingga seorang demi seorang gugur. Malah dua orang isteri anggota polis yang terkorban dalam serangan itu turut menentang komunis.
Balai polis Bukit Kepong diperbuat daripada kayu terletak ditebing Sungai Muar,sekitar 59 kilometer dari Bandar Muar, Johor. Pada masa itu, balai polis Bukit Kepong diketuai oleh Sarjan Ray Dancey. Ketika serangan itu berlaku balai polis itu diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.Balai polis Bukit Kepong mempunyai 22 orang anggota polis kesemuanya. Pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Pada mulanya serangan pihak komunis tersebut adalah sebagai amaran sahaja. Bagaimanapun, serangan tersebut bertukar menjadi tragedy buruk. Pihak komunis mengepung balai polis tersebut dan apabila pihak polis menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut,pengganas komunis menyerang dari segenap sudut. Hanya seorang sahaja anggota polis yang Berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan.




ISI KANDUNGAN

TOPIK 1 : Sejarah Penempatan Bukit Kepong
1.1.Latar Belakang Bukit Kepong
1.2.Komuniti Bukit Kepong
1.3.Kronologi Bukit Kepong

TOPIK 2 : Peristiwa yang berlaku di Bukit Kepong
2.1.Serangan komunis
2.2.Bantuan dari perkampungan seberang
2.3.Masyakarat yang terlibat dalam pertempuran

TOPIK 3 : Pahlawan yang terlibat dalam mempertahankan Bukit Kepong
3.1.Cabaran-cabaran polis mempertahankan balai polis Bukit Kepong
3.2Senarai nama pahlawan yang terkorban dalam mempertahankan Bukit Kepong

TOPIK 4:Pandangan masyarakat terhadap tragedi Bukit Kepong
4.1.Reaksi masyarakat tempatan terhadap serangan komunis di Bukit Kepong.
4.2.Kontroversi mengenai tragedi Bukit Kepong

TOPIK 5: Iktibar daripada peristiwa bukit kepong
5.1.Kepentingan nilai patriotik dalam diri masyarakat
5.2.Cara-cara mengaplikasikan nilai patriotik dalam diri masyarakat pada masa kini.















LATAR BELAKANG

Bukit Kepong adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar,Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.
Ramai anak muda tempatan yang berhijrah ke kota mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebanyakan penduduk pekan adalah peniaga kecil. Sementara kampung berhampiran penduduk banyak yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Terutama kelapa sawit,dusun buah-buahan dan getah. Segelintir pula terlibat dalam aktiviti menangkat ikan air tawar serta udang galah yang boleh didapati dengan amat senang suatu ketika dulu sepanjang Sungai Muar yang mengalir melalui pekan ini. Pada ketika ini hasil udang galah amat berkurangan disebabkan oleh masalah pencemaran sungai oleh kilang-kilang, terutamanya kilang getah. Suatu ketika dahulu Pekan Bukit Kepong amat mudah dinaiki air setiap kali musim hujan.
Pekan-pekan berhampiran dengan Bukit Kepong adalah Lenga, Pagoh, Gombang di selatan. Sementara Labis, Segamat, Chaah disebelah utara. Ada juga penduduk yang terlibat dalam aktiviti menternak ayam.

Gambar di atas menunjukkan papan tanda ke Bukit Kepong


Gambar ini menunjukkan peta Mukim Bukit Kepong




KOMUNITI

KOMUNITI BUKIT KEPONG

         Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di Sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai yang kebanyakkannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitarannya 3 ke 6 km melalui jalan darat.Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
  
         Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

         Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas,mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan 'Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

KRONOLOGI


KRONOLOGI BUKIT KEPONG

Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:


1.Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2.Keadaan balai polis yang terpencil


Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

SERANGAN KOMUNIS

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Ketua Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. 
Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. 

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.


Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.


Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari BPBK. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera 
dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.


Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai ke sana pada jam 10 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas BPBK disampaikan.

    
Mayat anggota polis yang hangus terbakar



Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.